2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789

Untukmu Palestin

RM186,348 dari RM100,000

Untukmu Palestin adalah sebuah projek yang menfokuskan memberi bantuan kepada umat Islam Palestin yang tertindas dan memerlukan.

Melalui kempen ini, pelbagai projek bantuan telah dijalankan antaranya bantuan musim sejuk; bantuan kecemasan; bantuan perubatan; bantuan makanan; dan banyak lagi.

Kempen bantuan Untukmu Palestin ini secara keseluruhannya dijalankan sepanjang tahun. Ini bertujuan bagi membantu rakyat Palestin yang terjejas akibat daripada kemelut peperangan dan masalah ekonomi yang melanda mereka.

Musim sejuk merupakan musim yang agak mencabar bagi mereka kerana mereka terpaksa berdepan dengan suhu kesejukkan yang melampau sehingga 0°C  tanpa mempunyai keperluan yang lengkap.

Antara barang bantuan yang disampaikan dalam kempen musim sejuk adalah seperti :

  • Kotak Makanan
  • Peralatan Set Pemanas
  • Tilam & Selimut
  • Pakaian
  • Bantuan Umum Lain

Manakala bantuan dibawah kempen-kempen lain selain dari kempen musim sejuk adalah seperti:

  • Ubat-ubatan
  • Pek Makanan
  • Pendidikan
  • Bantuan Kecemasan
  • Bantuan Umum Lain

Setiap sumbangan dan infaq anda sangat bermakna bagi kami menjayakan kempen ini.

Barangkali sumbangan anda itu telah menyelamatkan nyawa-nyawa saudara seakidah kita yang sedang diuji.

Jom bantu kami membantu mereka.

RM
Pilih Kaedah Pembayaran
Maklumat Peribadi

Jumlah Derma: RM100